Thursday 2 February 2017

3 Januari 2017

Assalamualaikum WBT

Mungkin ada yang dah tau. Mungkin ada yang tak tahu. Tapi entry ini ditulis pada 24 Disember 2016. And how come baru sekarang entry dipublishkan? Okay let me explain. Entry ini mungkin dipublish beberapa hari, bulan or tahun selepas aku pergi? Depends masa yang diambil oleh sorang kawan aku (yang aku amanahkan dengan emel dan password untuk account ini) nak contact anak menakan aku untuk tanya berita (if aku tak reply message) mengenai aku. So entry ini dipublish oleh kawan aku tu, dan bukan aku sendiri. Aku draf je then dia publish. For info, aku menjalani pembedahan pada 28 Disember 2016. And if this entry dipublishkan, ada kemungkinan yang pembedahan tu tak berjaya. or other kompilasi dan aku telah menghadap Ilahi.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, tarikh yang tertulis pada tajuk entri ini. Yang tu ditulis oleh kawan aku. Based on wish aku pada draf yang aku tulis, which aku suruh dia tulis tajuk entri ni guna tarikh pemergian aku. Aku juga minta dia delete semua post-post lama, so korang just akan nampak post ni dalam blog ni. Jasad aku mungkin telah dikebumi. Mohon doakan aku, sedekahkan aku, al-Fatihah, lebih baik surah Yassin, kalau tiap malam jumaat tu nak baca yassin, niatkan sedekah kat aku hehehe. Saat aku menulis ni, aku dah terbayang macam-macam. Dan saat korang baca entri ni, mungkin aku tengah dalam kegelapan di dalam tanah.

Buat para blogger, pembaca yang mengenali aku, aku mohon ampun dan maaf, andainya aku pernah mengasari, pernah melukai hati dan perasaan sepanjang perkenalan kita. Buat kawan baik aku yang publishkan entry ini, terima kasih dear. Aku sayang kau sangat-sangat. Aku tak tau apa akan jadi kat aku. Tapi yela bila entri ni dipublishkan, aku memang dah xada la jawabnya.

Ingat dunia ni sementara. Yang kekal abadi di alam sana. Allah maha mendengar, maha melihat, maha mengasihani hambanya. Allah tidak membebani hambanya melebihi kemampuannya. Belum terlambat untuk segalanya. Assalamualaikum. Terima kasih semua.